
Membeli baju secara online ini memang menyeronokkan. Klik klik dah sampai depan rumah. Tapi yang menjadi dilema apabila risau baju yang dipilih salah saiz. Terutamanya apabila membeli baju anak.
Ini kerana kanak-kanak biasanya cepat membesar. Ukuran yang digunakan dua bulan lepas mungkin dah tak sesuai untuk dijadikan rujukan pada bulan ini. Namun ibu-ibu jangan risau ya.
KakNur kongsikan sedikit panduan untuk memilih saiz baju anak untuk pembelian online.
1. PASTIKAN SAIZ BAJU 'STANDARD'
Koleksi baju berbeza biasanya akan mempunyai ukuran berbeza.
Dapatkan kepastian daripada penjual berkenaan saiz baju dengan umur anak.
Sebagai contoh, jika baju saiz tag 4 biasanya untuk anak berumur 4 tahun yang mempunyai badan sederhana, kita dah dapat menganggarkan saiz bersesuaian untuk anak kita mengikut umur.
Tapi tunggu dulu. Jangan bergantung terus pada panduan umur sahaja. Badan anak ada yang berisi, tinggi dan ada juga yang kurus dan kecil. Baca langkah kedua.
2. AMBIL 2 SAIZ TERDEKAT
Contoh anak berusia 6 tahun, saiz yang dicadangkan saiz 6. Maka ambil 2 saiz terhampir sebagai alternatif iaitu saiz 4 dan 8 .
3. UKUR DENGAN PITA PENGUKUR
Pastikan dahulu pita pengukur mempunyai ukuran inci yang tepat. Terdapat pita pengukur di pasaran yang tidak menunjukkan ukuran inci yang tepat menyebabkan ralat ketika mengukur.
Ambil pita pengukur dan ukur bahagian utama yang penting iaitu
• Bahu
• Dada
• Pinggang
• Labuh baju/ kain
• Labuh tangan
4. LEBIHKAN 1 INCI PADA UKURAN
Ibu-ibu disarankan untuk melebihkan seinci daripada ukuran tadi agar baju itu boleh dipakai lebih lama. Jika ukur muat cukup-cukup sahaja, kemungkinan besar anak hanya akan dapat memakai baju itu cuma beberapa bulan saja.
5. BANDINGKAN DENGAN CARTA SAIZ.
Berdasarkan ukuran tadi, bandingkan dengan carta saiz dan pilih ukuran yang terhampir. Rujuk semula ukuran untuk saiz pada LANGKAH 1 tadi.
Semoga dengan cara ini ibu-ibu dapat membuat pilihan saiz yang tepat buat anak. Semoga bermanfaat.
KakNur,
Nureena.com
Psstt.. Set Family Estrada masih ada lagi saiz yang available untuk anak. Dapatkan di nureena.com atau klik sini untuk whatsapp👇
Set Family Estrada